Semasa

Dibenar keluar hospital, Tapi Ada Hajat Hafizh tak kesampaian

KUALA LUMPUR: Isteri pelumba Moto2 negara, Noor Suzana Abdul Manaf meluahkan rasa syukur selepas suaminya, Hafizh Syahrin disahkan selamat dan masih mampu memberikan senyuman.

Suzana berkongsi rakaman video perkembangan Hafizh, 26, di akaun Instagram Story, yang memaparkan pelumba negara itu menunjukkan isyarat bagus ketika terlantar di atas katil hospital.

“Alhamdulillah, Hafizh okay. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Hafizh,” kata Suzana dalam video yang dimuat naik sebentar tadi.

“Alhamdulillah, Hafizh selamat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Hafizh,” jelas Suzana dalam video yang dimuat naik pada 30 minit lalu.

Terdahulu, jurucakap pasukan Aspar, Jorge Martinez menyatakan rasa terkejut sebaik melihat k4malangan yang berlaku ketika perlumbaan pusingan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring itu.

Pasukan itu tidak menyangka pelumba yang terlibat dalam k4malangan itu adalah Hafizh dan keadaan menjadi sedikit cemas sebaik identitinya diketahui.

“Pada awalnya kami tidak tahu adakah itu Hafizh. Ketika kami melihat bahawa pelumba itu adalah Hafizh, kami sangat takut kerana mereka tidak menunjukkan gambar (perkembangan lanjut) di televisyen.

“Saya bersamanya di pusat raw4tan litar dan perkara pertama yang diberitahu oleh doktor kepada saya ialah dia sedar dan (k3malangan itu) tidak memberi k3san tervk di bahagian kepalanya.

“Semua imbasan yang dilakukan juga menunjukkan Hafizh tidak mengalami sebarang pend4rahan dalaman dan tiada tulang yang p4tah atau seumpamanya,” jelas Martinez menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, pelumba Moto2 Itali, Enea Bastianini berasa sangat kesal dengan apa yang berlaku dan mendoakan kesejahteraan Syahrin.

Bastianini rasa sangat kesal selepas yang jentera yang dinaikinya tergelincir di selekoh pertama pusingan keempat sehingga mengakibatkan beberapa pelumba lain turut mengalami k3malangan.

Hajat Hafizh tak kesampaian

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terpaksa melupakan perlumbaan Grand Prix (GP) Styria hujung minggu ini selepas dia disahkan masih belum cergas untuk berlumba.

“Hafizh Syahrin disahkan kurang cergas untuk perlumbaan GP Styria dan dia akan cuba kembali berlumba semula pada GP San Marino (13 September),” kata kenyataan pasukan pelumba berusia 26 tahun itu, Openbank Aspar Team di laman web rasmi mereka, hari ini.

Pasukan itu turut berharap Hafizh pulih segera dan meminta peminat untuk terus memberi sokongan kepadanya.

Kelmarin, Hafizh menyuarakan hasrat untuk kembali ke Litar Red Bull Ring biarpun berdepan kemalangan ngeri di litar itu pada GP Austria, Ahad lalu.

Katanya, perkembangan proses pemulihannya berjalan dengan baik dan akan melakukan apa saja bagi membolehkan dia kembali beraksi pada GP Styria di litar sama, hujung minggu ini.

Hafizh terbabit dengan kemalangan ngeri, Ahad lalu selepas pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedarinya gagal mengelak dan merempuh motosikal pelumba Italtrans Racing Team itu.

Dia kemudian dibawa ke pusat perubatan litar dengan dirinya hanya dilaporkan mengalami lebam di beberapa bahagian badan terutamanya di pinggul sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan terperinci.

Bagaimanapun, dia dibenarkan pulang ke litar selepas pemeriksaan dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *