Semasa

Mahathir dedah kedudukan Muhyiddin sbg PM akan tergugat. Sebab tu cari pengganti

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa bahawa penggantinya, Muhyiddin Yassin membuka keanggotaan Bersatu kepada bukan Melayu kerana “takut” hilang jawatan apabila kehilangan sokongan enam anggota parlimen BN.

Mahathir mendakwa, presiden Bersatu itu kini mencari “pengganti”.

“Perdana menteri takut hilang jawatan jika kehilangan enam kerusi. Sedang mencari pengganti. Dari mana? Mungkin dari PKR. Tetapi kosnya tinggi,” kata Mahathir dalam tulisan di blognya hari ini.

Jelas Mahathir, ini kerana, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) kini bergantung kepada Umno.

Namun, katanya, lima ahli parlimen Umno mungkin disabitkan bersalah, sementara Ahli Parlimen Pekan Najib Razak sudah disabitkan di mahkamah dan sedang menunggu rayuan.

“Jika mereka kehilangan kedudukan sebagai wakil rakyat, Bersatu dan PN akan jatuh.

“Untuk elak dari ini berlaku, perdana menteri perlu cari ganti. Maka Bersatu pun gugur kedudukan sebagai parti Pribumi dan membuka keahlian kepada semua kaum,” katanya.

Mahathir merujuk pengumuman Muhyiddin pada 22 Ogos lalu tentang usul membuka sayap baru dalam Bersatu yang membuka keanggotaan kepada bukan Melayu dan membenarkan mereka memegang jawatan.

Muhyiddin mengumumkan perkara itu ketika majlis meraikan penyertaan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan sekutunya, termasuk dari kalangan bukan Melayu, ke dalam Bersatu.

Sementara itu, Mahathir juga mendakwa, dengan kehadiran Pejuang, parti baru yang akan ditubuhkannya, ramai ahli akar umbi meninggalkan Bersatu.

“Dalam PRU, Bersatu tidak akan dapat sokongan Umno dan PAS, tidak juga dari Pakatan Harapan (PH).

“Bersatu mungkin dibubar dan sertai Umno. Tamat riwayat parti yang dicuri. Pening kepala Muhyiddin. Tidak ada haluan untuk dituju.

“Cari saki-t. Dapat sa-kit,” kata Mahathir.

Untuk rekod, setakat ini, Muhyiddn berhasil meluluskan perundangan di parlimen, meskipun dengan sokongan paling banyak yang pernah diterima adalah 111 daripada 222 ahli parlimen, sementara pembangkang meraih tidak lebih dari 109 sokongan ahli parlimen

Azmin Puji Muhyddin, sin-dir Anwar

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membandingkan kepimpinan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamed Azmin menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang yang tenang menyerap teka-nan sementara Anwar masih terus bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, ciri-ciri pemimpin hebat itu boleh dilihat ketika mereka berdepan kris-is.

“Kalau tak ada kr-isis, semua orang boleh mendakwa boleh jadi pemimpin. Ada pihak sampai 20 tahun tak habis bincang nak jadi PM.

“Tetapi kita hari ini dengan tegas, berani dan tanggungjawab meletakkan fokus peduli rakyat dan memulihkan ekonomi sebagai agenda utama Perikatan Nasional,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *