Semasa

Keputusan PRK Dun Slim di luar jangka. Calon ini sedang menguasai jumlah kiraan undi awal

HARI ini seramai 22,749 pengundi menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim.

PRK Dun Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, S Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sebanyak 12 pusat mengundi dibuka itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Sulaiman; SK Trolak Utara; SK Trolak Selatan; SK Seri Besout; SK Besout 3 dan 5; SK Kuala Slim; SK Slim River; SK Aminudin Baki; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungkai; SJKT Ladang Kelapa Bali dan SJKT Trolak.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kema-tian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat se-rangan jan-tung.

PRK DUN Slim turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya kedua berlangsung dalam kebiasaan baharu susulan pandemi1k Covi-d-19 selepas PRK DUN Chini bulan lalu.

Calon BN dahului lebih 1,000 undi

6.45 petang – Berdasarkan kiraan tidak rasmi dari pusat pengundian, Mohd Zaidi Aziz dari BN mendahului lebih 1,000 undi. Dia kini mendapat 1,500 undi berbanding Amir Khusyairi memperoleh 389 undi, manakala seorang lagi calon bebas, S Santhasekaran memperolehi 65 undi.

Undi awal: BN perolehi 241 undi, Pejuang 11

6 petang – Undian awal telah dikira dan secara tidak rasmi calon BN, Mohd Zaidi Aziz mendapat 241 undi, manakala Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Pejuang hanya memperolehi 11 undi.

Petugas yang membantu Amir memberitahu media bahawa dia sedang menunggu keputusan dari Bilik Gerakan Utama (BGU).

Malaysiakini masih belum mendapat sebarang perkembangan daripada Zaidi. Sementara itu, hujan turun dengan lebat di kawasan pilihan raya itu.

Berikut reaksi dari Najib dengan perkembangan semasa ini

Saingan tiga penjuru

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Pegawai Pengurus pilihan raya, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.35 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini, ditutup pada jam 10 pagi.

“Kita menyemak kertas-kertas penamaan berkenaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan,” katanya di sini, hari ini.

Pada PRK itu, BN mempertaruhkan anak tempatan Slim, Mohd Zaidi Aziz, 43, yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim bagi mempertahan kerusi berkenaan.

Seorang lagi calon adalah peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang bertanding atas tiket Bebas menggunakan simbol pokok mewakili kem bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seorang lagi calon Bebas, Santhara Sekaran Subramaniam, 42, yang juga seorang bekas guru, menggunakan simbol buku.

Terdahulu, anggota dan pegawai polis melaksanakan kawalan keselamatan di pusat penamaan calon seawal jam 6 pagi bagi memastikan proses penamaan berjalan lancar.

Petugas media turut memenuhi perkarangan pusat penamaan calon bagi membuat liputan PRK DUN Slim.

Suasana hari penamaan calon bagaimanapun berlangsung tanpa kehadiran penyokong parti bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

PRK DUN Slim mengguna pakai SOP ketika PRK DUN Chini baru-baru ini yang mana hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenar masuk ke pusat penamaan calon selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Penyokong parti politik bagi calon PRK DUN Slim juga tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon.

Aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding, seperti yang biasa dilakukan pada hari penamaan calon, juga tidak dibenarkan di mana-mana lokasi pada hari berkenaan.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kema-tian penyandangnya, Allahya-rham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang selepas meng-adu kesu-karan bern-afas.

Mohd Khusairi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004.

Pada PRU-14, beliau mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Senarai calon mengikut kertas undi:

1. Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (Bebas)

2. Mohd Zaidi Aziz (BN)

3. Santhara Sekaran Subramaniam (Bebas)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *